Tuesday, October 14, 2008

BAGAIMANA KONSEP MELTING POT DIAMALKAN

Masyarakat yang asalnya terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya ini telah mengamalkan satu budaya yang sama dengan tempat yang mereka tinggal itu, dan dalam masa yang sama masyarakat yang berada disitu telah bertindak untuk melupakan atau bertolak ansur dengan masyarakat lain dalam mengamalkan satu budaya yang sama dengan masyarakat yang wujud disitu. Keadaan yang wujud ini telah berpunca daripada asimilasi yang telah berlaku dalam masyarakat yang wujud di situ. Melting pot inilah yang menjadikan masyarakat atau penduduk Amerika Syarikat sebagai salah satu penduduk atau rakyat didunia pada hari ini yang terdiri daripada kumpulan kaum yang terbesar di dunia.

Manakala dari segi bahasanya pula melting pot ini pula telah membawa kepada wujud satu istilah yang turut serta atau tidak boleh dipisahkan daripada melting pot, iaitu multiculture. Perkataan multiculture ini membawa maksud kepelbagaian budaya yang teradun didalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Sememang melting pot dan multiculture ini wujud di kalangan masyarakat di Amerika Syarikat pada hari ini dan membolehkan penyatuan dilakukan. Dengan penytuan ini, pelbagai bangsa dapat hidup bersama dan sama-sama berinteraksi antara satu sama lain dalam kehidupan seharian walaupun pada zahirnya mereka berbeza dari segi ras dan keturunan.

Kepelbagaian budaya ini pula terhasil daripda melting pot yang telah teradun dan membentuk satu budaya yang tersendiri. Didalam masyarakat Amerika Syarikat hari ini kita boleh melihat pelbagai, etnik yang wujud seperti, Hisponic, Natherland, Indian, Cina, dan sebagainya yang telah bersasimilasi di kalangan penduduk di Amerika Syarikat yang telah membentuk budaya yang tersendiri.

Percantumanan yang terdiri daripada pelbagai etnik ini juga telah menyebabakan wujudnya kepelbagaian agama dikalangan penduduk Amerika Syarikat, justeru pada hari ini kita dapat melihat bagaimana di Amerika Syarikat tempat pelbagai bentuk dan jenis agama yang telah diamalkan seperti, Kristian, Hindu, Budhha, Yahudi, Islam dan sebagainya. Walupun dari fizikalnya mereka berbeza, namun disebabkan perasaan kekitaan yang sama itu, mereka dapat membentuk koloni masyarakat yang boleh dikatakan aman dan menganggap tiada perbezaan diantara mereka kerana mereka adalah sama-sama rakyat Amerika. Manakala dari segi warna kulit yang datang ke Amerika ini, secara majoritinya adalah ramai yang bukan daripada kulit putih sebenarnya. Hal ini kerana kebanyakkan golongan yang melakukan migrasi ini adalah terdiri daripada golongan kelas pertengahan yang berasal daripada kelompok middle class, kebanyakaan gologan imgran yang melakukan migrasi ini akan terlibat samada sektor pengeluaran, sebagai sumber pendapatan utama, namun terdapat juga imigran yang terlibat dalam pekerjaan professional seperti doktor, jurutera, peguam dan sebagainya. Kedatangan kaum imigran ini yang pada kadar besar telah membentuk satu kawasan sendiri yang di panggil sebagai sub-urban, sebagai contoh sub-urban yang telah di bentuk adalah oleh kaum imigran cina di Monterey Park California.Hal ini terjadi kerana penduduk Amerika Syarikat yang telah berasimilasi ini yang membentuk melting pot adalah terdiri daripada pelbagai rakyat yang berasal daripada seluruh dunia. Kebanyakan penduduk Amerika Syarikat pada hari ini sebenarnya adalah kumpulan penduduk yang berasal dariapada seluruh dunia yang telah melakukan imiginasi kenegara tersebut.

Melting pot yang berlaku ini sebenarnya disebabakan berberapa perkara antaranya ialah terdapat berberapa faktor yang menyebabkan wujudnya melting pot di amerika syarikat ini, faktor utama yang menyebabkan wujudnya melting pot ini ialah faktor migrasi. Definisi migrasi adalah membawa maksud penghijrahan dari sesuatu kawasan ke sesuatu kawasan baru. Hal inilah yang membawa kepada berlakunya melting pot. Migrasi yang berlaku di Amerika ini adalah suatu migrasi yang berlaku secara besar-besaran dan menyeluruh, hal ini kerana, Amerika memjadi tempat tumpuan dunia oleh kerana kepesatan ekonomi yang wujud di Amerika. Oleh kerana itu, peluang pekerjaan yang telah wujud di Amerika ini menjadi faktor tarikan berlakunya migrasi oleh masyarakat asing ke Amerika Syarikat, menurut pengarang buku Multiculture in United state, Peter Kivisto, beliau menyatakan bahawa Amerika Syarikat adalah sama seperti magnet yang menarik imigrasi dari seluruh dunia. Antara tempat utama di Amerika yang menjadi tumpuan imigran ialah California, New York, New Jersey, Texas, Florida, dan Illinois, pecahan kedatangan imigran ke Amerika Syarikat ini boleh di bahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu dari Latin Amerika, Carribean, dan Asia.

Faktor migrasi ini telah meramaikan lagi penduduk Amerika disamping menambahkan kepelbagaian kaum yang ada. Walaubagaimanapun, golongan imigran dan penduduk asal berasimilasi antara satu sama lain dan seterusnya membentuk masyarakt yang kompleks. Kedatangan imigran ke Amerika Syarikat juga di kaitkan dengan dasar kerajaan Amerika Syarikat yang memudahkan sebarang urusan kewarganegaraan, kebanyakkan urusan yang dilakukan dalam hal berkaitan kewarganeagaran di Amerika Syarikat adalah mudah, oleh yang demikian ianya telah menyebabkan berlakunya imigrasi ke Amerika Syarikat. Kemudahan yang ada ini telah menarik minat imigran dan seterusnya menghasilkan Negara Amerika yang berbilang bangsa.

Selain itu juga, perasaan penduduk yang mahukan perpaduan sesama mereka juga menjadi penyumbang kepada proses ini. Kesedaran betapa pentingnya perpaduan telah menyebabkan mereka sanggup untuk bersama-sama melupakan perasaan obsess kepada kaum sendiri dan menerima kaum yang ada. Jika pada dahulu mereka menyebut diri mereka sebagai berdasarkan tempat tinggal seperti orang Kentucky, orang Miami, atau juga berdasarkan negara seperti orang Irish, orang Jerman, orang India atau Orang China, namun kini mereka lebih senang menggelarkan diri mereka sebagai orang Amerika.

KESAN IMIGRAN DAN MELTING POT YANG BERKAITAN

Fenomena melting pot telah membawa banyak kesan dalam kehidupan masyarakat Amerika Syarikat. Keadaan ini telah menunjukkan betapa melting pot ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam mencorakkan suasana samada ekonomi, politik, budaya, mahupun sosiologi masyarakatnya.

Kesan yang dibawa oleh melting pot ini merangkumi pelbagai aspek. Kesan ini wujud hasil dari proses melting pot itu sendiri. Pertambahan penduduk yang pelbagai kaum sekaligus akan membawa banyak perubahan keatas Amerika itu sendiri. Tidak hanya melihat kepada jumlah penduduk, perubahan ini juga melibatkan ekonomi, sosial dan juga kebudayaan masyarakat Amerika yang semestinya turut menerima tempias dari fenomena melting pot ini.

Melting pot juga dilihat dapat memberikan kesan samada dari segi positif dan juga negatif. Walaupun boleh dikatakan melting pot ini membawa banyak kebaikan dalam proses pembinaan bangsa, kesan negatif yang menyusul masih ada. Kedua-dua kesan ini dilihat memainkan peranan yang besar dalam proses melting pot ini. Sebagai contoh, kesan melting pot dilihat amat bermakna dalam proses pembentukan bangsa. Keadaan ini membolehkan proses penyatuan antara kaum dapat berlaku dari peringkat dalaman masyarakat itu sendiri. Manakala kesan buruk adalah telah mencampur adukkan kebudayaan dan sosial asal sesuatu kaum. Pencampuran dan pertembungan boleh membawa kepada krisis identiti kepada kaum-kaum tertentu. Keadaan ini seterusnya secara tidak lansung akan mengurang dan menghapuskan tradisi asal mereka. Pengurangan ini dapat dilihat juga seperti pengamalan gaya hidup eropah oleh golongan imgran dari negara luar seperti Asia telah menjauhkan mereka dari kebudayaan asal mereka sendiri samada dari segi gaya hidup, sosial, dan juga keagamaan.

KESAN KEPADA EKONOMI

Kepesatan ekonomi Amerika yang giat berkembang menjadi tarikan utama manusia kepada negara tersebut. Kedatangan imigran, pelabur, dan juga pekerja untuk berkumpul di negara tersebut. Keadaan ini menimbulkan stuktur kegiatan ekonomi yang beroperasi melalui pelbagai bangsa yang terdapat di Amerika. Golongan imigran terlibat dalam pelbagai sektor yang dijadikan sebagai sumber pendapatan utama. Walaupun kebanyakan adalah terdiri daripada buruh-buruh di sektor perindustrian, namun terdapat juga imigran yang terlibat dalam pekerjaan profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan sebagainya.

Proses pembentukan ekonomi yang berlaku ini telah mewujudkan hubungan yang tersendiri dalam kehidupan rakyat Amerika. Kepelbagaian bangsa yang wujud telah meningkatkan pasaran Amerika Syarikat menjadi lebih besar seiring dengan pertambahan penduduknya. Secara asasnya, permintaan tinggi terhadap sesuatu barangan akan meningkatkan lagi pengeluaran dan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Kedatangan ramai tenaga buruh, pekerja pakar, dan golongan akedemik telah banyak membantu menyediakan suatu medium yang penting dalam membantu merancakkan ekonomi. Keadaan inilah yang telah berlaku di Amerika Syarikat.

Kajian yang dilakukan pada tahun 1980 telah mendapati golongan imigran initelah menghasilkan pulangan yang agak tinggi kepada ekonomi Amerika. Kajian yang bertajuk "The New Americans: Economic, Demographic, and Fiscal Effects of Immigration", oleh James Smith yang merupakan ketua United States National Research Council telah mengtakan bahawa imigran ini membawa kepada perolehan sebanyak $10 billion kepada ekonomi amerika Syarikat setiap tahun dan bertambah mengikut peningkatan penduduk.. Hasil ini diperolehi melalui pengutipan cukai dan juga khidmat sosial.

Peningkatan pemilikan harta oleh golongan imigran juga memperlihatkan sumbangan mereka dalam bidang ekonomi. Dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh U.S. Census Bureau's Survey of Business Owners: Hispanic-Owned Firms: 2002, telah mendapati kadar pemilikan harta oleh orang Hispanic telah banyak meningkat sebanyak dengan pemilikan perniagaan sebanyak 1.6 billion pada tahun tersebut. Jumlah pemilikan ini menghasilkan pendapatan sebanyak $222 billion.

Selain itu sumbangan tenaga pakar dan buruh membolehkan ekonomi berkembang dengan lebih pesat. Kebanyakan imigran yang datang juga turut sama membawa kepakaran dari negara asal mereka dan mengembangkannya di Amerika. Keadaan ini membolehkan kepakaran mereka samada dalam bidang pembuatan atau perkhidmatan yang sebelum ini tiada atau kurang diberi tumpuan dapat dibangunkan dengan lebih giat lagi. Orang imigran juga didapati sanggup bekerja di sector yang selalunya tidak digemari oleh orang Amerika seperti menjadi buruh kasar. Keadaan seperti ini mengurangkan persaingan yang mungkin terjadi dengan kehadiran begitu ramai imigran ke negara tersebut. Walau bagaimana pun, timbul pula spekulasi bahawa kemasukan buruh yang terlalu ramai ini menjadi ancaman kepada orang kulit hitam di Amerika. Kemasukan buruh-buruh ini menyebabkan persaingan untuk mendapatkan kerja menjadi lebih sengit dan keadaan didapati lebih merugikan orang kulit hitam berbanding imigran dari bangsa lain.

Golongan imigran yang datang dari Asia pula dilihat lebih berjaya dalam segi ekonomik berbanding orang-orang Amerika Latin. Orang-orang Asia Amerika dilabel sebagai contoh yang baik golongan minoriti. Mereka juga dianggap sebagai rakan kerja yang bagus kerana mempunyai semangat dan daya kerja yang tinggi. Sifat ini membolehkan imigran dari Asia lebih berjaya dan dilaporkan jumlah perniagaan milik orang Asia Amerika ini adalah sebanyak lebih 1.1 billion pada 2002 dengan pembabitan 2.2 billion orang yang berasaskan kekeluargaan. Angka yang besar ini juga telah menghasilkan perolehan sebanyak $326 billion dari perniagaan tersebut. Jumlah ini memperlihatkan sumbangan besar orang Asia dalam ekonomi dan juga perkembangan yang seiring dengannya seperti peningkatan kemajuan teknologi.

KESAN KEPADA POLITIK

Selain itu, kedatangan pelbagai bangsa turuut membawa budaya politik yang pelbagai. Kedatangan golongan imigran telah membawa sekali sokongan kepada ideologi parti tertentu. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor struktur politik negara-negara asal mereka secara tidak lansung telah mencorakkan persepsi mereka tentang pegangan politik.

Sebagai perbandingan, golongan imigran yang datang dari negara berbentuk republik seperti imigran dari Cuba, Colombia lebih menjiwai pemikiran konservatif. Oleh itu, sokongan mereka dilihat banyak berpaksikan kepada parti Republikan. Sementara pendatang dari Mexico, Puerto Rico, Dominican dan juga Asia lebih menggemari Parti Demokratik. Kehadiran golongan imigran jug telah membuka peluang bagi golongan ahli politik untuk cuba melobi sokongan golongan ini dalam politik. Peluang ini dilihat sebagai satu kelebihan kerana bilangan imigran yang ramai membolehkan mereka memainkan isu yang dilihat memberi kepentingan kepada golongan imgran. Walau bagaimanapun, Parti Demokratik dilihat lebih mendapat sokongan dari golongan imigran kerana jumlah orang Hispanic yang tinggi dan hampir 60% orang-orang Hispanic adalah imigran dari Mexico.

Kehadiran imigran ini juga secara tidak langsung telah menyebabkan perubahan politik dalam negara Amerika. Keadaan ini terjadi kerana corak sokongan pengundi dari kalangan orang imigran telah memberikan kelebihan kepada parti tertentu. Semakin ramai juga golongan imigran yang dapat diterima pembabitan mereka dalam politik melalui kesan melting pot. Sebagai contoh adalah Gabenor California sekarang iaitu Arnold Schwenerzenger adalah berasal Australia dan menetap di Amerika. Walaupun faktor populariti menjadi sandaran, rakyat Amerika dilihat telah dapat menghayati sepenuhnya konsep melting pot ini.

KESAN KEPADA KEBUDAYAAN

Kedatangan imigran ke Amerika Syarikat ini juga telah menyebabkan berlakunya asimilasi dikalangan penduduk asal dan kaum imigan ini, namun apa yang ingin diperkatakan disini ialah kedatangan imigran ini telah menyebabkan berlakunya percampuran budaya yang terlalu besar.

Namun begitu, golongan imigran ini turut membawa kebudayaan merekawalaupun telah melakukan migrasi ke Amerika Syarikat. Keadaan ini bermakna mereka masih lagi mengekalkan sifat asal negara mereka. Sebagai contoh di sebuah tempat kecil di pinggir Bandar Miami yang didiami oleh sekumpulan masyarakat Haiti yang di panggil sebagai Haitian, mereka yang tinggal disitu masih lagi terus bercakap dalam bahasa Haiti mereka walaupun bergaul dengan golongan yang bukan berketuruanan Haiti, kedaan ini telah menyebabkan keadaan yang mana masyarakat Haitian ini masih lagi merasakan yang mereka ini terpinggir daripada penduduk lain di Amerika syarikat ini.

Contoh diatas jelas menunjukkan pertembungan budaya telah dapat mempelbagaikan kebudayaan di Amerika. Kemasukan budaya-budaya dari pelbagai negara luar membolehkan ianya bersatu di Amerika. Ciri-ciri budaya golongan imigran ini tidak ditinggalkan, malahan diteruskan dan dikembangkan juga di Amerika. Keadaan ini banyak menghasilkan beberapa bandar yang seolah-oleh bandar asal penduduk tersebut keran majorit penduduk, gaya hidup,dan seni bina di kawasan serta kegiatam harian yang mirip kepada tempat sal mereka. Contoh adalah masyarakat cina di ChinaTown, Masyarakat Haiti di Miami, dan beberapa masyarakat seperti belanda, Perancis serta Irish yang turut membina komuniti mereka di sesuatu tempat.

KESAN KEPADA STRUKTUR MASYARAKAT

Pertambahan penduduk yang pada asalnya ini hanya terdiri daripada masyarakat Red Indian ini adalah berpunca kerana berberapa faktor seperti imigrasi yang telah dilakukan oleh penduduk luar keatas negara baru yang dibentuk ini iaitu Persekutuaan Amerika Syarikat ini. Pertambahan ini telah meyebabkan masyarakat atau penduduk Amerika Syarikat berkembang menjadi sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, keturunan dan berasal daripada seluruh pelusuk dunia.

Melting pot yang berlaku ini juga telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk secara drastik di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, kedatangan awal orang Hisponic adalah untuk tujuan seperti perdagangan dan buruh pada permulaanya adalah dalam jumlah yang kecil. Namun pada tahun 1990 terdapat 22 juta orang hisponic di Amerika Syarikat dan angka ini bertambah sebanyak 53% berbanding dengan jumlah penduduk Hisponic pada tahun 1980. Angka yang dicapai ini telah meyebabkan orang hisponic membentuk hampir 7% daripada keseluruhan penduduk di Amerika Syarikat pada masa ini, dan adalah dijangkakan menjelang tahun 2015, penduduk Hisponic akan muncul sebagai kaum imigran majoriti di Amerika Syarikat. Pertambahan penduduk ini telah membawa kepada kepelbagaian masyarakat di Amerika Syarikat. Hal ini menyebabkan timbul masalah seperti masalah konflik antara berasaskan etnik. Masalah ini agak rumit dan sentiasa berlaku dari masa ke semasa dan sentiasa tercetus jika ada kes baru yang dilaporkan. Konflik seperti pergaduhan yang tercetus dari golongan imigran itu sendiri. Sebagai contoh, konflik yang sering berlaku adalah antara orang kulit hitam dengan imigran Korea pada 1992 di kwasan Los Angelas dan juga konflik orang kulit hitam dengan orang Hispanic seperti orang Mexico yang memang memusuhi orang-orang kulit hitam hingga seringkali dilaporkan serangan berlaku kepada orang kulit hitam yang baru masuk ke kawasan yang didiami ramai orang Mexico. Begitu juga konflik yang sama turut berlaku antara penduduk setempat dengan imigran Hispanic, persaingan ekonomi telah menimbulkan krisis walaupun tidak ketara. Masalah dari etnik yang sama tetapi kawasan berbeza juga turut berlaku seperti masalah konflik yang terjadi antara pendatang dari Afrika dan juga orang kulit hitam setempat.

KESAN SOSIAL

Kepelbagaian kaum di Amerika juga ada meninggalkan kesan daripada aspek sosial. Kesan ini dilihat dari segi pertembungan budaya dan konsep melting pot itu sendiri. Hasil dari fenomena ini secara tidak lansung telah menemukan kaum-kaum yang ada dengan golongan imigran seluruh dunia. Keadaan ini menimbulkan stuktur sosial yang agak kompleks disebabkan kemasukan pelbagai budaya.

Pertembungan ini akan menghasilkan struktur sosial baru samada bersifat positif mahupun negatif. Dari segi positif, kesan ini dilihat dapat mempelbagaikan lagi nilai-nilai sosial masyarakat Amerika. Kehadiran imigran sekaligus dapat memberi manfaat keatas nilai yang sedia ada dengan mempelbagaikn lagi nilai yang ada. Manakala dari segi negatif pula boleh menimbulkan krisis identiti yang lebih gemar mengamalkan gaya hidup tertentu berbanding nilai sedia ada seperti seseorang Muslim yang tinggal di Amerika tidak lagi mengamalkan nilai-nilai Islam. Pertembungan pelbagai etnik juga telah menyababkan berlaku krisis antara etnik yang lazimnya bermotifkan ekonomi. Persaingan dalam pekerjaan dan ekonomi telah menyebabkan ada etnik tertentu yaang tertindas dan lebih suka membentuk koloni sendiri. Masalah sosial juga bertambah rumit dengan bilangan imigran yang tinggi. Masalah seperti pergaduhan berdasarkan etnik, dan peningkatan kadar jenayah juga seringkali dilaporkan berlaku dan berlarutan hingga menjadi tidak terkawal. Golongan Hispanic seperti Orang mexico dan Brazil gemar menubuhkan konsi gelap dan kumpulan mafia.Mengikut purata, terdapat lebih 25,000 samseng jalanan dan 750,000 ahli yang terlibat secara aktif di seluruh Amerika syarikat. Pada tahun 1999, penyertaan paling ramai adalah dari orang Hispanic iaitu 46%, orang kulit hitam 31%, dan Asia 7%.

Kumpulan-kumpulan ini bnayak bergiat dalam aktiviti samseng seperti peras ugut,rompakan, jual beli dadah, pelacuran dan kegiatan jenayah lain. Angka yang diperolehi oleh Bureau of Justice Statistics, 2001, menyatakan bahawa 4% lelaki Hispanic berumur 20-30 tahun meringkuk dalam penjara. Jumlah ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan hanya 1.8% lelaki kulit putih. Ahli sosiologis, Tony Water (1999) dalam bukunya Crime and Immigrant Youth menyatakan bahawa golongan imigran terutama dikalangan juvana di Amerika Syarikat ini seolah-olah tidak kisah dan lebih suka jika ditahan di penjara. Hal ini disebabkan oleh masalah kemiskinan yang dihadapi mereka, masalah sosial di kawasan kejiranan miskin dan juga pengaruh kumpulan mafia.

DEFINISI MELTING POT

Melting pot ini ialah suatu keadaan yang mana berlakunya peleburan di dalam sesuatu tempat, pengistilahan itu di berikan dalam kamus dewan, manakala dalam konteks ini pula melting pot itu membawa maksud, bagaimana penduduk Amerika Syarikat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan kepercayaan ini tinggal disesuatu tempat dan mereka telah berasimilasi dengan keadaan disitu yang membawa kepada satu konsep asas tersendiri.

Saturday, April 26, 2008

pendatang-pendatang bersatu di bumi Amerika

Amerika sebuah Negara yang terletak di benua Amerika Selatan, telah di bina dan diasaskan pada tahun 1776, setelah mencapai kemerdekaan daripada British yang telah menjajah Negara tersebut selama berberapa ratusan tahun sebelum itu. Dalam perjanjian yang telah di tandatangi itu menyaksikan negeri di sebelah utara yang terdiri daripada 13 buah negeri telah bersetuju untuk bergabung dengan negeri-negeri di sebelah selatan dan membentuk sebuah Negara yang dipanggil Persekutuan Amerika Syarikat.

Penduduk asal negeri yang menghuni Amerika Syarikat adalah terdiri daripada masyarakat Red Indian yang tinggal di negeri sebelah utara seperti Virginia, Indiana dan sebagainya. Setelah berlakunya pergabungan yang membawa kepada pembentukan Persekutuan Amerika Syarikat, penduduk Amerika Syarikat telah bertambah dengan begitu mendadak sekali dan membentuk satu masyarakat yang majmuk. Kedatangan golongan imigran pula telah menyebabkan berlaku sekali lagi pertambahan penduduk. Walaupun berbeza dari segi ras dan agama, masyarakat Amerika dapat melupakan perkara tersebut dan mengandaikan mereka semua adalah sama sahaja, iaitu sama-sama rakyat Amerika. Situasi yang mana penduduk dan masyarakat Amerika yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa ini telah membawa kepada satu konsep baru yang di panggil sebagai ‘melting pot’. Konsep inilah yang membolehkan masyarakat Amerika tampil untuk sama-sama bersatu dan membentuk corak masyarakat yang tersendiri. Sebagai satu langkah dalam pembinaan bangsa, melting pot telah menjadi pemngkin kepadanya. Dengan usaha dan komitmen rakyat Amerika itu sendiri, maka kerja-kerja penyatuan dapat digerakkan dengan lebih lancar dan berkesan.